Friday, 1 July 2011

30 Things I Wanna Do Before I Got Married ;)

Ok semua orang sibuk buat this "20 things I Would Do Before I'm married" tag, dan ada seorang kawan siap pujuk berkali-kali suruh aku buat post ni untuk celebrate kembalinya aku berumahtangga di Blogspot ni. Aku macam malas je nak buat sebenarnya, tapi bila fikir balik bagus juga kalau spend sikit masa untuk buat post ni. Sekurang-kurangnya dapat mengingatkan aku kembali pada benda-benda yang aku teringin nak capai dalam hidup yang mana molek kiranya dicapai sebelum aku naik pelamin. Kebetulan, ternampak pulak post ni di blog seorang member; Arnee Farzana. Banyak sebenarnya benda yang aku nak buat ni. Bila fikir, berebut je idea keluar dalam kepala otak. Cuma jari ni agak malas nak menaip panjang-panjang. So I just narrow it down to 10 things je ok? The rest tu biarlah rahsia. For me to know and for you to find out. Biarlah aku dan mereka-mereka yang berkenaan je yang tahu. So, here it goes! 10 things to do before I got married! :)

1. Backpacking and travel around the world. Nak keliling satu dunia! Nak tour satu USA dan naik train mengembara ke seluruh Eropah, lepas tu backpacking through India. Nak jejak kaki ke setiap benua. Negara wajib singgah dalam list: Cuba, Germany, Poland, Czech Republic, Austria, Hungary, Bosnia Herzegovina, Belarus, Romania, Serbia, Ukraine, South Korea, Vietnam, Cambodia, Laos dan Israel (yes, teringin nak pergi Israel sebab nak tengok sendiri macam mana sebenarnya sifat, sikap dan cara hidup orang Israel. Harap-harap dapatlah pergi walaupun orang Malaysia tak boleh masuk ke Israel). Nak travel sepuas-puasnya. Harus diingat, travel a.k.a mengembara ye bukan sekadar cuti-cuti. Kalau nak cuti boleh tunggu honeymoon. Ni nak mengembara, explore the people, the history, the culture and see the places :)

2. Ada kerja dan pendapatan tetap. Ini harus. Even kalau dah kahwin nanti pun tetap takkan berhenti bekerja. Ye la takkan nak mengharap duit laki je kan? Tak guna mak ayah hantar belajar masuk universiti kalau tak kerja. At least bila bekerja dapatlah ringankan beban kewangan suami. Boleh bantu cover apa yang patut dan belanja untuk diri sendiri. Ye lah kan, kalau tak mampu bagi senang pun at least jangan tambah kesusahan. Lagipun aku ada mak ayah dan adik-beradik. Kalau berkahwin sekalipun tak bermakna tanggungjawab nak sara keluarga tu terhenti. Takkan nak mintak ihsan laki aku pulak nak bagi duit kat mak ayah aku kan? Laki aku nanti pun mesti nak bantu keluarga dia jugak apa yang patut. Lagipun bila berkahwin ni macam-macam boleh jadi. Kot la nanti jodoh tak panjang mana, tup-tup bercerai (tak mintak la kan, tapi KALAUUUU), mana aku nak cekau duit nak tampung diri sendiri? Takkan immediately nak cari suami baru pulak kan? So, di sini la aku lihat pentingnya aku bekerja dan ada steady income sendiri sebelum kahwin.

3. Beli rumah dan kereta sendiri. Kumpul aset la kiranya ni. Harta titik peluh sendiri. Sebuah rumah, tak kira la rumah apa pun. Untuk investment jugak. At least family boleh duduk situ. Tak pun sewakan je. Dan boleh jugak jadi tempat berlindung bila datang masa-masa musibah dan bencana menimpa. Ye la macam contoh tadi la kalau jodoh tak berapa nak panjang (sumpah tak mintak, precaution semata-mata).

4. Nak spend sekurang-kurangnya satu ke dua tahun bekerja sebagai sukarelawan dengan salah satu agensi UN atau mana-mana NGO antarabangsa. Tak kisahlah UNICEF ke, UNHCR ke, UNODC ke, Amnesty International ke, Human Rights Watch ke, Green Peace ke.. Yang penting volunteer dan terlibat dengan social activism. Nak bekerja dengan kanak-kanak dan wanita mainly di negara-negara Africa. Fight poverty dan violence against women and children. Nak jadi volunteer dan activist yang membantu mangsa-mangsa sex trafficking dan sex workers yang trapped into prostitution. Mahu bekerja dengan people living with HIV/AIDS tak kiralah di Africa, negara-negara Asia tenggara macam Vietnam, Cambodia, Laos, Myanmar dan Thailand atau dalam Malaysia sendiri. Lepas tu nak  bantu pelarian Rohingya yang ada di Malaysia dan isu hak peribumi etnik tempatan di pedalaman Sarawak. In other words, nak dedicate dan devote satu tempoh masa sebelum kahwin to focus solely on humanity by volunteering and being a social activist, putting my International Relations and Social Work knowledge to good use. Walaupun unpaid, tapi bukan wang yang dicari tapi pengalaman dan kepuasan. Benda ni memang impian aku, dan rasanya paling sesuai kalau fulfill sebelum berkahwin sebab perlukan banyak effort, energy, time dan dedication yang mana sukar nak laksanakan bila dah ada suami dan dah beranak-pinak nanti. Aku nak belajar dari pengalaman bertemu dan bekerja dengan orang-orang yang duduk dalam situasi yang aku tak pernah lalui. People inspire me. Insyaallah dengan pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat nanti dapatlah aku educate anak-anak dan bentuk keluarga aku agar jadi manusia yang lebih prihatin dengan isu global, tak prejudis, tak judgmental, empathy dan jadi a very concerned citizen of the world. Kalau boleh bila ada anak nanti pun aku nak drag anak-anak aku biar dia biasakan diri dengan golongan-golongan yang tak bernasib baik dan jadi lebih prihatin dengan persekitaran. Dengan laki aku sekali aku nak ajar. Barulah masyarakat penyayang namanya :)

5. Learn how to drive. Yes aku tak reti memandu. Makanya sebelum kahwin aku nak belajar macam mana nak drive. Bila kahwin nanti aku yang hantar dan jemput laki aku pergi balik kerja LOLOLOLOL :P. Ok ini adalah joke semata-mata tapi serius aku nak belajar driving.

6. Nak try hidup sendiri di negara orang. Nak merasa hidup di negara orang, jauh dari family, kawan-kawan dan di environment baru yang jauh berbeza daripada environment yang biasa aku rasa di Malaysia ni. Nak tengok kemampuan aku untuk bina hidup, bina kerjaya dan urus diri sendiri di tempat orang. Tak payah lama la, barang setahun dua pun jadilah. Nak tengok survival skill :D Sambil-sambil tu bolehlah cuci mata hati dan jiwa cari jodoh di perantauan :P

7. Nak belajar satu bahasa asing sampai betul-betul fasih. Either Korean, French or German :) Mana la tahu jodoh nun jauh di sana kan? Tak la tergagap-gagap terpinga-pinga terkebil-kebil nanti nak jumpa mak bapak mertua ipar duai semua. Ahaks! :P

8. Belajar memasak. To be honest aku ni tak reti masak. LANGSUNG. Jadi nak la belajar masak. Kang bila kahwin laki tak merasa pulak air tangan aku. Nanti dia cari bini lain pulak. Almaklumlah bak kata orang nak tawan hati suami kenalah pandai tangkap selera dia. Kena belajar macam mana nak seduce hati perut dia. Tak gitu? ;)

9. Habiskan study. Make sure first degree dah ada dalam tangan, lepas tu Master pulak. Dah dapat Master baru kahwin. Nak buat Ph.D lepas kahwin pun takpe. Pelan-pelan kayuh. Ngihi :D

10. Cari calon suami..!! Ini haruslah kan.. Calon suami kena ada. Kalau tak ada nak kahwin apa kejadah ye tak? Nak fulfill perkara satu ni tersangatlah maha dahsyat susahnya. Ye la kan, nak cari calon suami yang betul-betul compatible dengan kita, at the same time haruslah menepati citarasa dan kriteria menantu idaman emak dan ayah. Biar lebar senyum ayah dan sejuk perut ibu mengandung bila bawa balik kampung jumpa orang tua. Nak cari boyfriend pun payah, apatah lagi nak cari jodoh. Kalau dah dapat tu nanti biarlah yang betul-betul kan, yelah kalau boleh berkahwin ni biarlah sekali seumur hidup dan kekal hendaknya sampai ke akhir hayat. Tak mahu bazir wang, masa dan tenaga bina rumahtangga dengan orang yang salah. Kalau ada calon barulah boleh kahwin. Ok lame, tapi serius. Ini perkara yang paling penting. CARI CALON SUAMI.

Ps. Senyum lebar sampai ke telinga sepanjang menaip post ini :) Dan maka dengan ini, saya mengetag sesiapa sahaja yang membaca post ini dan rasa macam nak buat post ini juga. Kalau tak nak buat pun takpe. Tak paksa puuuunnnn! :P



No comments:

Post a Comment